Monday, December 3, 2018

Siem Reap





Assalamualaikum w.b.t. Aku baru balik dari short escape ke Siem Reap. Stay selama 3 hari from 29 Nov -1 Dec 18. Macam-macam yang aku observed sepanjang trip di sana..So the story begin..

Total cost     : Almost RM 900 includes shopping
Flight            : RM 295 /return AA from KLIA2 -Siem Reap
Hotel            : Topsky Hostel USD 21.60 for 3D2N for 2 person
Tuk-Tuk       : USD 31 for 3 days (USD 13/day ; USD 5 for airport transfer on last day

Day 1

Bertolak dari KLIA2 pukul 6.35am & sampai Siem Reap International Airport dalam kol 7.35 am waktu sana. Waktu Cambodia lewat sejam dari kita tau. Our Tur Tuk-Tuk driver dah menunggu ketibaan kami. Ohh kami booking service dia 2 weeks before ke sana. 

Cuaca sangat cerah sepanjang perjalanan. Alhamdulillah
AA cabin crew akan bagi Arrival / Departure Card untuk diisi. Selitkan di dalam passport semasa di imigresen nant ye.



Zainy our tuk-tuk driver sepanjang trip aritu. Boleh berbahasa Melayu & English

Gambar ni diambil oleh Zainy. Dia ni pandai amek gambar. Berbaloi untuk yang gemar bergambar.


Then kami bergerak ke Angkor Artisans. Tempat ni berkisar tentang pembuatan sutera. Masuk percuma. Akan ada tourist guide menanti kat entrance tu if berminat untuk guna service beliau. Tak sure berapa yang perlu dibayar. Seikhlas hati kot..Eheee. Maybe sebab kami ni kurang minat kesenian sangat jadi kami redah je masuk & faham-faham sendiri je. Actually, ada flow bagaimana penghasilan sutera ni from silk worm sampai end product. 

Ni silk worm 



Sumber bahan pewarna bagi sutera

Raw Silk





Then kami lunch kat Muslim Family Kitchen. Breakfast cum lunch ye. Try famous menu Lembu Naik Bukit tu. Xdela special mana. Kami ambil lauk lembu naik bukit (USD 6.5) + Sup tofu (USD 2.5) + Ice tea (USD 0.75). So total cost bagi brunch kami adalah USD 9.75. Nasi free ye. If amek air kosong pun free. Portion setiap lauk tu agak banyak jadi kongsi-kongsi jela.






Lepas makan, kami check in di Topsky Hostel. Ada request semasa booking kat booking.com untuk early check in & mereka setuju jika ada bilik kosong. Alhamdulillah, rezeki kami untuk berehat lebih awal. Sekitar pukul 11.30 dah check in. Staff sangat friendly & keadaan bilik sangat memuaskan hati, berbaloi dengan bayaran yang tidak sampai RM100 untuk 2 malam.


Katil besar & ada dua bantal setiap katil
Toilet bersih, ada free toothbrush & sabun
Lepas rehat & solat, kami gerak ke Lotus Farm. Sebenarnya untuk tengok bunga teratai kembang tu ikut nasib juga. Kebetulan tempat yang famous tu tiada teratai yang kembang cantik, jadi Zainy bawa kami ke kawasan berhampiran & tiada fee dikenakan.




Then petang tu kami singgah Art Centre Night Market untuk beli souvenirs. Berhampiran Art Centre Night Market ada Old Market & Pub Street. Walking distance je.


A13. Kedai yang sangat murah. Kat area Art Centre Night Market. Kami borong souvenirs kat sini la

Dinner kat sini malam tu

Nasi Pakapau & Nasi Goreng Kerabu USD 2 each.
Later at that night, kami ke Phare Circus untuk persembahan circus & acrobatics. Tiket limited dan cepat sold out jadi kena cepat-cepat beli ye. USD 18 per person.  Kami bertuah sebab dah inform Zainy tentang itinerary kami sebelum ke sana so beliau telah booking tiket terlebih dahulu. Tajuk show malam tersebut adalah 'Khmer Metal'. Show sejam sahaja tetapi sangatttt berbaloi tau.


Bersama salah seorang pelakon Phare Circus

Ada Tab untuk rate & promote Phare Circus
Then kami balik ke hostel untuk rehat sebab keesokan harinya nak kejar sunrise di Angkor Wat

Day 2

Kami gerak ke Angkor Wat pukul 5 am sesudah subuh. Xde plan pun nak tengok sunrise jadi if dapat tengok adalah rezeki, if x dapat tengok pun kami x terkilan. Mula -mula kena beli tiket di kaunter tiket yang terletak agak jauh dari Angkor Wat. Kaunter banyak dibuka so jangan risau. Ada pengasingan kaunter bagi One day pass & 3 day pass. Kami ambil 1 Day pass berharga USD 37 /person. Di kaunter, mereka akan snap gambar kita melalui kamera kecil di kaunter dan gambar akan  dipamerkan pada tiket tersebut.



Selesai beli tiket,  naik tuk tuk memecut kegelapan untuk sampai ke Angkor Wat. Actually kami terlepas sunrise tu tapi kami tak kisah pun..Eheeee



Untuk ke Angkor Wat ni, kena berjalan jauh sket ye. Semasa berjalan ke arah sana, akan ada local guide yang approach kita untuk menjadi our tourist guide sepanjang menjelajah Angkor Wat. Aku tak sure tentang bayaran yang dikenakan tetapi bagi yang ingin memahami sejarah Angkor Wat ni, digalakkan ambil. Macam kami, memang main redah je sambil mengagumi kesenian Angkor Wat ni. Dalam erti kata lain, xde bajet sebenarnya..Kehkehkeh





Kami habiskan sekitar 2 jam sahaja. Tu pun tak habis explore sebenarnya. Sebelum gerak ke Bayon Temple & Ta Phrom, kami singgah makan di Angkor Halal Restaurant. Antara menu yang disediakan adalah Nasi Lemak Ayam USD 4 & Roti Canai



Zainy tuk tuk juga ada sediakan air mineral sepanjang tour jadi jangan risau dehidrasi ye. 



Ni Bayon Temple






Ta Phrom, lokasi pengambaran filem Tomb Raider 


Actually kat sini ada banyak lagi temple, that is why ada yang ambil 3 day pass untuk explore. Tapi kami pilih 3 yang famous sahaja sebab dah letih. Heading back to town & lunch kat Muslim Family Kitchen. Gambar xde plak. Kami ambil air kelapa USD 1 sebiji dan makan Fish in Morning Glory USD 6.5 & Kerabu Suhun USD 2.5. 

Pastu kami gerak ke hostel untuk rehat-rehat & kol 4 kami keluar ke Wat Thmey (Killing Field). Di sekeliling tempat ni ada beberapa board yang menerangkan tentang kekejaman Democratic Kampuchea Regime, penceritaan oleh ahli keluarga golongan bangsawan yang dibunuh dan penyiksaan mereka semasa menjadi tawanan. Tengkorak-tengkorak ini adalah sebahagian daripada mangsa pembunuhan tersebut. Masuk adalah percuma ye. 

Salah satu pintu berisi tengkorak tu boleh dibuka ye

Antara gambaran semasa kekejaman zaman tersebut



Selepas tu, kami bergerak ke Royal Residence. Tempat ni adalah seperti Istana Persinggahan Raja mereka. 


Gambar Raja mereka berhampiran Royal Residence
Di hadapan Royal Residence, terdapat taman yang boleh digunakan untuk bersantai sambil menikmati keindahan Siem Reap. Kemudian, kami ke Pub Street. Niat di hati untuk melihat street food yang dijual. Ada yang rare seperti kala jengking tetapi nasib tidak memihak kepada kami pada hari tersebut. Stall tu tutup pulakkk. Sabo jela..

Kat sini ramai foreigner sebab arak yang dijual katanya murah

Ice cream rolls dijual berharga USD 2.5
Kami beli Mixed Fruits Ice Blended berharga USD 1. Sedap sangat! Siap letak nangka tau
 Then, kami singgah lagi sekali di Muslim Family Kitchen untuk dinner. Kami suka singgah sini sebab persekitaran yang bersih dan selesa, ada kemudahan tandas dan surau. Mudah untuk pemandu Tuk-Tuk kami menunaikan solat


Day 3 


Kami bergerak ke airport jam 6.10 pagi. Flight kol 8.30 pagi ye. To those yang tidak mengambil luggage, dinasihatkan untuk memastikan berat beg adalah 7kg tau. Semasa print boarding pass, pekerja di kaunter akan meminta kita menimbang beg. Jika melepasi piawaian, dia akan bagi tag. Kat sini tiada kiosk nak print boarding pass macam kat KLIA2 tu so nak atau tidak, memang kena ke kaunter. Ohh lagi 1, sila datang awal ye sebab kaunter dibuka x banyak & airport ini kecil sahaja. 

Tag yang menyatakan beg approved untuk dibawa naik ke dalam cabin

Tunggu turn untuk print boarding pass sambil berdoa beg lepas untuk naik ke kabin

Bye-bye Siem Reap. Such a nice experience




Ini pemandu Tuk-Tuk (kat sana panggil remorque) kami sepanjang trip kat sana. Boleh contact beliau seperti yang tertera pada bisness card tu. Zainy ni muslim jadi dia akan bawa kita makan kat tempat-tempat yang halal sahaja. Beliau menjaga solat ye. Siap minta izin dari kami untuk solat Jumaat. Alhamdulillah. Then, beliau menyediakan air mineral percuma sepanjang trip, punctual & able to speak in English and Malay.

I hope that semua info yang diberikan boleh membantu anda untuk ke sana nanti. Negara sana masih dalam proses membangun jadi jangan high expectation sangat tau. Sambil berjalan, sambil terbit rasa bersyukur tentang negara kita Malaysia. See you in next destination. 

No comments:

Post a Comment

India Golden Triangle 2019

Hi! Rasa macam baru je update pasal Ziarah Umrah, ni dah nk update pasal recent trip ke Golden Triangle di India ( Agra, Jaipur &...