Thursday, November 7, 2019

Brunei

Hi korg! Recently aku singgah Brunei sehari. Actually amek flight and stop kat Labuan. Pusing-pusing Labuan sekejap then naik feri ke Brunei. Overnight semalam kat sana then by bus, kami ke Miri. Stay semalam kat Miri then naik flight dari Miri ke KL. Short trip tapi sempat cover a few places yang menarik. Tp post ni khas untuk trip kami kat Brunei aritu.

 Kami naik feri ke Brunei and stop kat Muara. Feri gerak kol 1.30 pm. Amek seat VIP RM40.  Rasanya bayar extra RM5 dari seat biasa. Hanya 4 org je kat seat VIP time kami naik tu. Tiket boleh beli kat jeti ye

Nanti before masuk feri, staff sana akan beri Arrival Card untuk kita isi before masuk Brunei. Perjalanan dalam 2 jam jadi sempat je korang isi sambil-sambil lepak dalam feri tu. 

Ni feri kami

Ni seat VIP kami. Kosong weh. Memang ada 4 org je kat ruang VIP ni. Rasa macam wow sgt..kahkahkah

Kat sana, kami sewa kerete dengan Uncle Dan. Member yang recommend. Uncle ni siap amek kami kat Muara tau. Sehari 80$. Ok sgt weh. Ni number Uncle Dan kalo korg plan nak sewa +6738691881

So Uncle Dan anta kami terus ke hotel. Lokasi hotel ni memang strategik la. Depan tu je Kg Air. Kami stay kat Qing Yun Resthouse kat bandar for RM150/night. Okla kan consider 3 orang stay sebilik. Actually can fit 4 orang so if korg plan nak pergi berempat, aku memang recommend hotel ni weh


Lepas check in, kami solat dulu and then heading to Royal Regalia Museum. Tempat ni actually ada cerita serba sedikit latar belakang Sultan Brunei dan pameran hadiah-hadiah yang baginda terima dari beberapa negara. Ada yang berbentuk replika, lukisan etc. Kalo yang minat sejarah tu, wajib la datang sini. Ohh lupa nak bagitau, kalo masuk dalam ni, kena buka kasut & tak boleh amek gambar di ruang pameran tingkat atas. Kat ruang bawah je dibenarkan. So gambar memang limited la kat sana..eheheeh. Lagi satu, kat sana ada satu sudut menjual cenderamata. Rasanya pilihan agak banyak. Aku menyesal tak beli ole-ole kat sana sebab masa aku kat Brunei agak terhad. Bila last minute cari ole-ole, memang tak jumpa yang menarik. Sedihhh



Lepas ronda-ronda muzium, kami ke Pasar Gadong untuk dinner. Perghh pilihan makanan kat sini memang menarik. Murah & nampak sedap. Murah if korg tak convert ke RM la...




Makan nasi katok 1$. Air pun sama rege 1$ cup besar and kuih 1$ untuk 5 keping. Kira berbaloi la kan. Ohh kami share ikan makarel. Rasanya 4$ seekor. Berbaloi wehh!!!

Lepas makan, kami ke Jerudong Park. Rasanya ni satu-satunya taman tema di Brunei and dibuka pada waktu malam. Kami takde plan nak berjimba dalam tu pun. Cukup sekadar merasai pengalaman ke sana. Lupa nak habaq, kat situ ada McD..eheee aku rasa macam tak banyak outlet McD yang aku jumpa kat sana.
Ni entrance Ke Jerudong Park

Then, Uncle Dan wassap suh singgah Amanah Harith Restaurant. Uncle Dan belanja..yelahh dia owner restoran tu. Mana kami tau kan. Actually makanan kat sana memang masakan style Malaysia. Kami amek Mee Bandung Muar..perghh sedap


So the next day, which is hari Ahad, rupanya rakyat Brunei ni ada aktiviti riadah. So ada a few jalan yang ditutup sehingga pukul 11 pagi untuk bagi ruang rakyat gunakan untuk berbasikal, berlari or lakukan apa-apa aktiviti riadah. Tapi kami manage untuk cari jalan keluar bagi meneruskan penerokaan..gituu
Ni view dari hotel penginapan kami. Itu la Kg Air



Ni attraction baru kat Brunei. Frame Brunei berlatar belakang kan Masjid Omar Ali Saifuddien. Kalau waktu malam, rasanya lebih cantik.

 Ni pulak Masjid Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Katanya kubah masjid tu diperbuat daripada emas.


Kami sempat berhenti depan Istana Nurul Iman. Korang just park je kat tepi tu then guard akan beri kebenaran untuk bergambar.

Breakfast on that day, kami makan ambuyat..hahahaha actually ni first time aku makan ambuyat. Not bad rasa nya. Boleh repeat lagi pasni.




Then kami heading back to hotel untuk check out. Kalau kat sana, paling lewat check out pukul 1. Ok la kan..pastu bergegas la kami kejar bas ke Miri. Tayar bas bergolek pukul 1pm.  Nasib baik bas tu memang pick up penumpang depan hotel tu je..cuma drama la sket lari-lari dalam hujan. Hahahaa hidup kena ada drama baru best!!

Kami pulang kan kereta kat hotel je. Uncle Dan datang amek kunci and just bagitau dia kat mana lokasi parking kereta tu. Mudah kan?ehee

Expenses kat sana actually takde la mahal sgt. Aku bawak 50$ untuk perbelanjaan sendiri tapi ada baki 30$ if tak silap. 50$/pax dikutip untuk expenses bersama kat Brunei tapi kami makan tanpa limit. Belasah je. Siap ada baki 4.30$ hahahha. So if korang plan nak ke Brunei, myb boleh try naik bot kat Kg Air & solat di masjid-masjid berkenaan. Kami tak sempat buat semua tu. Maybe next time?....


No comments:

Post a Comment

Brunei

Hi korg! Recently aku singgah Brunei sehari. Actually amek flight and stop kat Labuan. Pusing-pusing Labuan sekejap then naik feri ke Bru...