Thursday, April 25, 2019

India Golden Triangle 2019



Hi! Rasa macam baru je update pasal Ziarah Umrah, ni dah nk update pasal recent trip ke Golden Triangle di India ( Agra, Jaipur & New Delhi). Sebenarnya, our plan was to visit Kashmir tapi bulan Februari aritu, ada konflik yg meruncing di Kashmir between India & Pakistan, so kami tukar plan la. Tiket dah beli time promo (agak2 jela murah) dalam RM600 KL- New Delhi (time promo) jadi syg plak nk burn je. So kami teruskan juga perjalanan cuma destinasi diubah sedikit. Ringkasan bajet as below: 

Tiket + luggage + meal : RM 780
Ground pakej ( Transport + hotel + entrance fee + meal) : RM 1300
e-Visa : RM 410 (mahal sbb kami minta visa centre buatkan)
Grab ke airport : RM 23
Total : RM 2513

Ada juga kos-kos lain macam beli mee segera, roti & bekalan lain yang dibawa dari Malaysia tapi tak dimasukkan dalam kos. Kami spent 8h7m di India termasuk overnight di airport untuk jimat kos. So meh aku ceritakan secara ringkas trip aritu.

Day 1 

Bergerak dari Kuala Lumpur pukul 7.05pm waktu & tiba kat New Delhi kol 10pm (waktu tempatan). Kaunter imigresen diasingkan untuk pemegang e-Visa dan Visa biasa. No worries sebab kaunter banyak. Once dah ambil luggage, kami cari port baekk untuk lepak, solat, charge hp & tido. Perghhh sengal badan weh xdapat tilam empuk. Tp redah jela. Bekalan makanan pun dh mula menyusut ehehe


Day 2

Tourist guide kami, Danish dah menanti di balai ketibaan sekitar jam 7 pagi. Perghh lama betul kami lepak kat airport. Kami request kenderaan yg besar, walaupun kami bertujuh sahaja, tapi beg kami sekali ganda daripada jumlah orang..Konon la nak shopping saree. Kami terus bergerak ke Agra dan stay sana for 2 days. Ohh lupa nk bgtau, masa India lewat 2 jam 30 minit dari Malaysia.


Ni R&R ke arah Agra

Puri Bhaji for breakfast. Ok kat India ni, diorg minta tips ye. Kat sini, kami kena 10% tips daripada total rege makanan. Ewahh bley plak ko demand kan. Main percent bagai

So basically hari ke 2-4 di Agra, 5&6 di Jaipur and the rest in New Delhi. Perjalanan from one place to another dalam 6 jam dengan tol yang berlambak & traffic kadang kala sesak serta lembu yang tetiba melintas melambatkan perjalanan kami.  Kat bawah ni aku share sket2 aktiviti kami di sana

AGRA


Kami stay di hotel Taj Heights for 2 nights. Arrangement made by tourist guide kami. Ada free wifi & breakfast walaupun just roti puri, omelette & pisang tp okla kan. Dinner kami panaskan makanan Brahim & RTE from Sahabat Retort (Rendang daging, kari daging etc). Steamed rice bley order kat hotel.



LUNCH
Tempat lunch kami di Taste of India. Portion makanan agak bnyk. Boleh share 2 org per menu. Kedai bersih dan selesa. Macam style 4 star kalo kt Malaysia.


Nasi goreng ayam tapi guna beras basmathi. Perghh

TAJ MAHAL

Kaunter tiket masuk ke Taj Mahal. Ada separate counters for tourist & local Indian. Entrance fee dalam 1300 rupee. Dapat free air mineral (or drinking water..xingt) & shoe cover. Dibuka seawal kol 6.30 am & tutup on Friday & penting utk korg tahu that no foods, drinks, pens are allowed utk dibawa masuk

Ni macam pintu gerbang la b4 masuk ke kawasan Taj Mahal

Taj Mahal dari sisi tepi. Sila datang awal ye sebab pengunjung still x ramai & terkawal


Senibina Taj Mahal daripada marmar. Ohh lupa nk bgtau jugak yg rege tiket td include entrance ke dalam chamber Taj Mahal ni. Ada 2 kubur dalam tu. 

Taj Mahal dari sudut belakang. Kat sini kurang orang berbanding sisi hadapan. Cantik jugak tp xdela view garden & kolam.

Kat sini, berebut2 photographer tawarkan service so pandai2 la tepis ye. Kdg2 nampak memaksa juga. Ada local guide berbayar utk explain psl Taj Mahal ni. Kami xde bajet jd x amek service tu. Eheee

AGRA FORT

Kami tak masuk Agra Fort ni. Dari luar pun dah tau yang tempat ni besar giler. Just stop by untuk bergambar. If berminat nak masuk, entrance fee adalah 650 rupee. 

Dah nama pun fort kan, for sure ianya adalah kubu. 

SHOPPING @ AGRA

Just nak inform la, kt setiap district ada their own style of souvenirs. Ada yang memang jual kat Agra je & lebih murah. Macam kat Agra ni, diorg jual barangan marmar lebih murah berbanding tempat lain. Fridge magnet boleh dapat 500 rupee utk 30 pieces,jatuh dalam RM1 /piece. So bley grab souvenirs kt Agra ye. Jaipur pun not bad.

Kedai barangan marmar. Jual lampu meja bentuk Taj Mahal

Tengah pilih saree. Kat sini material ok. Ada la yg jual 1250-1500 rupee untuk kualiti yang baik.

Kedai manisan. Kat New Delhi tak nampak kedai cmni. Tak berani beli tapi teringin..huwaaaa

Tepi-tepi jalan kat Agra & Jaipur, bley nampak lambakan buah-buahan di jual di tepi jalan. Our tourist guide tengah pilih buah utk kami. Dia blanja..ehehehe. Grapes bley dapat 60 rupee/kg dalam RM3/kg. Manis & seedless. Thorbaikk!!

JAIPUR


Jaipur ni kota pink. Boleh dikatakan lebih separuh bangunan di sini warna pink. Lebih teratur dari Agra tapi kat sini macam mini zoo sket. Akan jumpa unta, gajah, pig, monyet etc tepi jalan. Dan lembu makan sampah.

LUNCH

Kami lunch kat sini for 2 days. Pilihan menu okla cuma portion x sebanyak kat Agra aritu. 

Kudap-kudap lepas makan. Gula batu dengan aniseed katanya

JAL MAHAL

Jal Mahal ni istana tenggelam. Kat sini akan ada yang offer servis sewa pakaian local people. Murah rasanya. Tak sampai 100 rupee pun. Kami just bergambar je. Letih sebab travel dari Agra ke Jaipur for 6hours.

Jal mahal ni tepi jalan je & its free

AMER FORT


 Tiket masuk ke sini adalah sekitar 500rupee. Kanak-kanak free (utk semua tourist attraction). Rasanya umur 7tahun baru dikenakan caj (kena check balik takut salah info).

Sedikit info pasal ruangan yang ada di Amer Fort ni. 

Kami perlu menaiki jeep untuk sampai ke entrance Amer Fort. X ingat berapa rupee per jeep. Rasanya ada option lain iaitu berjalan kaki or naik gajah. Pakai face mask ye sebab jalan agak berdebu

 View dari atas 

 Ini Hall of Public Audience

Family potrait as usual


JANTAR MANTAR

Basically, kegunaan tempat ni adalah untuk mengukur masa. Korang akan jumpa sundial yang besar. Tempat ni wajib heret guide yang ada kat situ untuk explain. Kalo nak harapkan memori korg time blaja geografi dulu, ermm nanti takut terkeluar teori sendiri

 Entrance fee. Apsal rasanya aritu kami bayar 300 rupee eh?Guide dalam 50/100 rupee

 Ada jual kipas bentuk bulu merak. 50 rupee each. Aku rembat satu. Kenangan weh sebab macam xjumpa plak kt Malaysia

Ni sundial tu. Tapi bukan yang paling besar la.

Korg bley cari simbol zodiak masing-masing kat sini

HAWA MAHAL 

Hawa Mahal ni antara bangunan simbolik di Jaipur. Terletak kat tengah-tengah bandar bersebelahan deretan kedai. Kereta tak boleh parking kat sini jadi pandai-pandai la ye. Tempat ni dulu menjadi tumpuan Royals untuk intai-intai aktiviti sekitar bandar Jaipur. Boleh masuk rasanya tapi x sure berapa entrance fee

Aku snap gambar di dari dalam van sebab kenderaan tak boleh stop

 Antara kedai-kedai yang menjual sorvenir. Wajib beli kat area sini sebab harga berpatutan
Kami berjaya pujuk tourist guide untuk berhentikan kami di sini. Ehee

NEW DELHI

Kat sini kami stay for another two nights. Of coz ND lebih maju dan teratur tapi sibuk.  Aku prefer Jaipur & Agra sebenarnya. So kami sempat pergi a few places kat New Delhi.

RED FORT
Kami x masuk pun tempat ni. Entrance rasanya sekitar 600 rupee. Just stop untuk bergambar saja. 
Mama muka letih sebab kena berjalan sket dari parking lot ke entrance Red Fort


JAMA' MASJID

 Tempat ni berhampiran dengan Red Fort. Boleh jalan kaki sekitar 15 minutes or naik rickshaw. Tapi half way ke sana, kami amek rickshaw sebab mama tak larat jalan & cuaca yang panas. 10 rupee per person. 

 Ada pasar di sekitar masjid ni. Macam pasar pagi

 Kalo nak bawa masuk kamera kena bayar 300 rupee each camera / handphone.

Kena naik tangga sket menuju ke masjid. Perlu buka kasut ye untuk masuk ke dalam kawasan masjid

INDIA GATE 

Ni simbolik untuk India. Ianya seperti tugu peringatan untuk the fallen heroes. If aku tak silap ye.

 India Gate
Family potrait wajib ye

AGRASAN KI BAOLI

Tempat ni sebenarnya kawasan penyimpanan air. Rekabentuk menyamai zaman Tuglaq or Ladi ( translate daripada gambar bawah ni je..ehehe)



Masuk sini free


QUTUB MINAR

Kawasan tinggalan keturunan Shah Jahan. Rekabentuk Islamic dan seakan masjid (or maybe it was a mosque b4 ni). Boleh nampak ukiran ayat Al-Quran pada tiang-tiang di sini. Entrance fee sekitar 600 rupee.


 Bley la acah-acah tolak menara. Macam aksi tolak menara condong Pisa..ahahaha


Boleh nampak yg kat sebelah tu seolah-olah kubah masjid

Family potrait again. Mama xde tengah duduk bwh pokok sebab panas terik

LOTUS TEMPLE 

Keistimewaan temple ni sebab ianya berbentuk teratai (Lotus in english). Penganut agama Hindu berpusu-pusu datang dan kami menyelit sebab nak bergambar je. Kat luar pagar temple ni ada gerai yang menjual souvenir tapi xde yang unik macam kat Jaipur & Agra. Sempat rembat gelang untuk member 100rupee/ gelang (ada 8 gelung)


Kalo amek gambar waktu malam lagi cantik



After that, kami lunch then terus ke airport. Flight pukul 11 malam ye so berkampung lagi kat airport tu. Ohh pastikan korg dh print itinerary flight (if ada boarding pass lg bgus) b4 masuk ke dalam bangunan airport sbb akan ada polis yg check.

Untuk check in luggage, setiap kaunter dibenarkan 2 orang sahaja & if korg ada check in luggage, hanya 2 buah beg sahaja dibenarkan untuk check in (aku beli luggage 30kg). So pandai-pandai la adjust ye. Diorg akan check juga berat hand carry yang kita bawa


 Bagi aku, negara India ni mengajar aku erti kesyukuran. Kegigihan mereka mencari rezeki tu memang menginsafkan. Jangan pandang yang negatif tapi ambil yang positif. Visa valid untuk setahun ni..ke mana kita pasni?Eheeee




India Golden Triangle 2019

Hi! Rasa macam baru je update pasal Ziarah Umrah, ni dah nk update pasal recent trip ke Golden Triangle di India ( Agra, Jaipur &...